Sabtu, 19 Februari 2011

Dari Meja Pengarang






Salam sejahtera. Dah lama rasanya x berjumpa anda. Esok result STPM keluar. Macam mana agaknya ye... Harap2 semua ok dan gembira dengan keputusan masing-masing.
Utk makluman, saya skrg sbg GPK Tkn 6 sekolah Munshi Abdullah. Byk juga benda baru yang kena belajar. Maklumlah skop tugas dulu sbg PK Koku tak sama dgn post yang ada skrg. Tapi tak pa, insya allah berkat sokongan dan kerjasama semua guru dan pelajar, semuanya akan berjalan lancar.

Pelajar pra-u (6 atas) kena mula dari skrg. Jgn buat kerja 'last minit' ! bahaya tu..
Sekolah2 dah mula susun pgm utk kecemerlangan STPM 2011..

Sabtu, 22 Januari 2011

Merentas Desa 2011

Tahniah kepada seluruh warga Munshi yang sama-sama menjayakan pgm MD tahun ini.
Tahniah juga kepada team Hang Tuah yang menjadi JUARA keseluruhan.
Kepada team lain cuba lagi dalam kejohanan yang akan datang iaitu : Sukan Tara, Kernival Sukan Munshi dan Sukan Sekolah.

Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Kembali Semula Ke Sekolah 2011

Mesyuarat Guru kali 1/2011 telah diadakan pada 30 Disember 2010 di Dewan Sekolah. Mesyuarat berjalan dengan lancar dengan dimulakan oleh ucapan Tn. Pengetua , En. Md. Ali Saed dan diikuti oleh taklimat GPK I, GPK Hem, GPK Koku, GPK Tkn 6 dan GPK Petang.

Jamuan makan tengahari telah disediakan oleh pihak pengurus kantin yang baru.

Pendaftaran Tkn 1 tetap dijalankan walaupun PM telah isytiharkan cuti umum pada 31 Dis.

Isnin, 29 November 2010

KURSUS GPK KOKU 2010

Unit Kokurikulum, JPM telah menganjurkan kursus untuk GPK KOKU Melaka pada bulan November. Kursus ini telah banyak memberi input yang berguna kepada GPK KOKU yang hadir bagi menambah ilmu pengetahuan aktiviti koku di sekolah masing-masing.

Sabtu, 2 Oktober 2010

Sukan Olahraga Remaja Bawah 14

Penyertaan atlit-atlit SMK Munshi Abdullah dalam Kejohanan Olahraga Bawah 14 tahun jumaat dan sabtu lalu telah banyak membantu melahirkan atlit2 remaja untuk diketengahkan dalam kejohanan olahraga akan datang.

Antara kejayaan yang dicapai adalah kemenangan dalam acara 150m. Unit Koku mengucapkan syabas kepada semua guru dan murid yang terlibat.

Kejohanan Sukan Rebung Emas pula akan diadakan pada 18/19 Oktober ini. Antara acara -acara yang akan dijalankan adalah Hoki, Sepak Takraw, Badminton, Bola Sepak Olahraga, Memanah.

Bersempena dengan pengisyitharan Melaka Maju 2010 , seramai 150 peserta diperlukan untuk membuat persembahan padang di Stadium Hang Jebat pada 20/10/2010 mulai jam 20.10 malam.

Rabu, 11 Ogos 2010

Salam Ramadhan

Salam Sejahtera buat semua. Saya mengucapkan selamat menyambut bulan puasa Ramadan Al Mubaraq kepada semua warga SMK Munshi Abdullah dan sesiapa sahaja yang melawat blog ini.

Pertingkatkanlah amal dan kebajikan dalam bulan yang mulia ini, moga-moga anda akan diberkati.

Isnin, 19 Julai 2010

Karnival Kokurikulum 2010

Tahniah kepada Unit Koku, SMKMA yang telah berjaya menganjurkan program Karnival Koku tahun 2010. Sungguh meriah dan menyeronokkan. Maklum balas dari pelbagai pihak menyatakan inilah konsep sebenar Karnival Koku yang patut dilaksanakan.

Antara aktiviti Karnival Koku 2010:-
a. Sambutan Hari Koperasi Sekolah
b. Karnival Sukan Munshi ( 13 acara sukan dipertandingkan)
c. Pertandingan Kawat Kaki Formasi
d. Perkhemahan Remaja
e. Senamrobik
f. Bakat Munshi
h. Pertandingan Mewarna Kanak2 Tadika
i. Pertandingan Nasyid
j. Persembahan Kebudayaan 1 Malaysia
k. Persembahan Kugiran & Muzik Klasik Cina
l. Gerai Jualan
m. Pameran
n. Program Bertemu Waris
o. Pertandingan gubahan

Jom saksikan gambar2 sepanjang Karnival Koku 2010